(Kotak mesej pertama)

Wednesday, 10 October 2012

ujian komputer .

hari ni azio baru lulus test computer jpj . nak tahu malam tu azio download latihan ujian computer so senang laa kalau selalu berlatih nak tahu camne ?
cuma  Download sofware JPJ Test Computer dan kemudian extract dengan menggunakan winrar. Anda akan dapat satu folder bernama JPJ. Masuk ke dalam folder tersebut dan kemudian klik pada icon KPPTEST.
JPJ Driving Test Questions Malay Version – Download
Link Alternative (4shared) – Download

Monday, 24 September 2012



Hari lahir azio jatuh pada hari azio ade test .
mlm tu azio agak busy tapi azio still tunggu giraffe wish tapi "harapan . harapan menjadi layu " agak terkilan jugak laa .
azio masih berharap agar ALLAH tutup pintu hati azio untuknya .tapi memang susah nak lupakan orang yang azio minat sejak form3 lagi tambahan pula bila bermessage dengan giraffe cam dia nak bagi harapan jer . tapi azio sedar azio tak sepadan dengannya . ya ALLAH tetapkanlah hatiku hanya untukMU .
kenapa laa azio boleh terjatuh <3 kat orang yang tak pandang azio sikit pun dan mengangap azio tak lebih daripada kawan .
tapi rasa terkilan tu sedikit lenyap bila kawanII azio masih ingat birthday azio . :)

Tuesday, 18 September 2012

rambut sama hitam , hati siapa yang tahu .




bila azio tengok video ni azio rasa nak share laa . bagus kan banduan tu tapi lebih baik azio gelarkan beliau sebagai  hamba ALLAH . mugkin beliau lebih baik daripada kita yang bebas ini . mugkin juga beliau dulu pernah membuat kesalahan tapi ALLAH sentiasa membuka pintu taubat bagi hambanya yang lalai .
mungkin juga azio tak sebaik hamba ALLAH ini . tiada siapa yang terlepas dari membuat kesalahan /
no body perfect .

Monday, 27 August 2012

geram siot .

giraffe klau stakat nak mcg kjap baek xpyah anta mcg atau chating buat skit hti azio jer .
msty mcg xsmpi spluh kping daa send mcg "k lah sy ade hal ni , salam "
klau dah tau ade keje bek xyah send trus mcg .
arap2 ALLAH ttupkan hati azio utk giraffe .
"Ya ALLAH , hatiku merintih mahukan dia. . .jika dia jodohku permudahkanlah urusan ini dan Jadikan dia jodoh yang terbaik tetapi jika dia bukan jodohku permudahkanlah aku untuk melupaka dia "

Friday, 24 August 2012

pergi umah si DIA (=

22hb ogos bersamaan 4syawal .
pukul2.15pm .
cuaca begitu panas .
azio telah pergi beraya ke rumah seseorang yang azio minat "giraffe" mula2 mmg xrancang nak pergi umah dia sebab time tu mmg azio dan kawan2 mmg xtau nak pergi beraya ke mana pastu tetibe giraffe send mcg tnya bila dia blh beraya umah azio pastu kekawan azio sruh tnya girafe bole x azio dan kekawan beraya ke rumah giraffe pastu giraffe xcayer yg azio nak pergi beraya umah giraaffe mmg malu laa time tu , pastu azio send mcg "xcaya sudaa .." giraffe pun sruh sy dtg umah dia beraya . mmg malu gila laa time tu nak kuar kete stgah jam kot giraffe tunggu kat luar . mcg dgn giraffe dia kate umah dia takde org semo pergi umah dia rmai jer org pastu send mcg kat dia soal mcm2 bila dah kuar dari kete azio trus syap mlu glaks laa . hanya menyampuk perbualan giraffe dan kekawan azio hanya sekali jer .
waa !
giraffe xtau yg azio suka kt dia sjak tingkatan 3 lagi .
lepas sudaa beraya umah kekawan yg lain azio send mcg kt dy ucp tq sbb jmput kan pastu giraffe tnya sdap xmak dia masak azio pun jwab "sdap tok ma husna msak " giraffe pun reply "tau2 jer husna pnggil tokma , nak jdik maklom dia ke ?" masa tu hati berbunga tapi azio sedar dia bukan untuk azio , mungkin soalan yg diberi tadi hanyalah gurauan . azio mmg xlyak utk dia . klau giraffe sukakan azio mesti dia xabaikan mcg azio .
mmg azio sedar dia mempunyai org lain slain azio . girrafe pun bukannaya tau azio minat gila kt dia tu .
azio hanya mengharapkan takdir ALLAH sahaja dalam urusan jodoh ini .
tapi azio harap dia boleh jdi yg halal utk azio . AMENN ~
sori laa azio update drama menyayat hati plak tetiba .
azio bukan terlalu mengharapkan giraffe .
andai takdirnya bersama dengan org lain azio redho .

Saturday, 11 August 2012

ramdhan ~

maaf , azio takde masa nak update nak update azio punye blog . maybe sibuk dengan study biasa laa budak stpm . sebelum azio terlupa aziO nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada anda semua harap2 ramadhan kali ni membawa sribu barakah kepada kita semua . sebelum azio terlupa lebih baik azio ucapkan jer selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada anda smua .

dah dapat buat keputusan ~

pasal offer pegi kptm azio buat keputusan nak stay stpm sebab jimat masa dan tak habiskan duit .
dalam diam azio dah nak dekat habiskan sem1 bagi stpm ada lagi 2sem .
takut yang amat kut sebab azio tak tahu pape spjg azio study ni memang laa tipu klau azio cakap tak tau pape , cuma azio tau laa skit2 spanjg azio study ni .
macam mana erk . arap2 anda akan mendoakan atas kejayaan azio .

Tuesday, 17 July 2012

dapat Offer ~

hari tu aziO dpt Offer pegi kOlej kat miri tapi ayah aziO tak kasi pegi sebab jauh sangat , pastu kemarin aziO dapat offer pegi kptm , sekarang aziO ambil stpm , aziO cam tak tau nak stay stp atau pegi kptm sebab ayah azio sruh aziO pegi kptm ibu aziO pula sruh aziO stay stp . cOnfius laa .
waaa ! ayah aziO kasi waktu 2 hari jer sma ada nak stay stpm 2 pegi kptm , stpm tu mmg ssah laa .kptm pun ssah jgk bla aziO tgOk subjek dia tu .
sgla mcam subjek sains msk pyhsic,chemis sgla bgai .
confius glaks kud .

Wednesday, 4 July 2012

rasa panas jer ~

azio tak faham langsung dengan perangai cikgu azio dia macam sengaja cari kesalahan azio macam lah dia tu perfect sangat . nak menegur orang pun ada caranya ni sampai main fitnah azio camtu siapa boleh terima bila diri difitnah bila azio cakap yang betul dia tak nak percaya , hari tu azio ada baca satu artikel yang berbunyi "jika ada orang yang tidak mengaku kesalahan dan ingin sentiasa menang dalam satu pentengkaran walaupun kata-katanya ibarat menegakkan benang yang basah orang itu tergolong dalam orang-orang munafik !" "fitnah itu lebih kejam dari membunuh ." . bukan sekali dua dia cari kesalahan azio dah nak masuk tiga kali azio memang fedup gila laa dengan cikgu tu dan azio takkan maafkan cikgu tu sampai bila-bila harap jer pkai kopiah tapi ilmu agama cetek ade ke patut dia boleh kata pakai tudung atas dada itu sudah menutup aurat . lawak gila dia punya statement !
nasib baik dia tak mengajar azio kalau tak memang azio rasa dia tak ikhlas pun bagi ilmu kat azio .

Thursday, 28 June 2012

pengalaman duk Ostel ~

azio 2nd time dk Ostel 1st time azio dk Ostel masa azio f1 pastu tak smpai smggu azio tak nak stay Ostel 2nd aziO dk Ostel skrg pastu aziO tak nak stay jgak . tak best sgt tak ckup tdOe . tp dlm tak suka tu aziO dapat knl kwan2 bru bdak2 yg begOng2 aka blh msk laa dgn prngai gila2 aziO ni . yg aziO tak leh blah skli azio kna ade prep ptg  pastu mlm pun ade ltih glaks kut . pastu bla blh rhat kt Ostel asyik sbuk dgn prep jer . dlm klas aziO tdur laa tp azio rsa bslah laa tdoe time skOla . aziO ska sgt tdOe bla blh blk ni azio tdOe straight kul3.30 smpai rmah kul4 tdOe smpai kul6 lpas isyak azio tdur plak . ngantuk laa . pastu aziO ckp kt ayh aziO yg aziO tak nak stay Ostel ayh aziO kasi aziO dk umah swa tp ibu aziO bebel sbb aziO dk Ostel xsmpai smggu . aziO harap klau aziO stay umah swa aziO dpt tmpukn phtian kt skOla dan dpt pOinter tggi .

Monday, 4 June 2012

berasap jap .

azio rasa nak serbu jer muka perempuan uh , ade ke tuduh azio buat benda yang azio tak buat atleast tanya laa dulu ni tuduh terus , bengang pun ada , apa yang dia tuduh ? nama perempuan tu sal ~bukan nama sebenar~ sal tuduh azio buat satu fb ni fb tu Display picture dia gambar sal dan pakwe dia , sebenarnya memang azio dah tahu dari dulu lagi dOrang couple tapi azio tak suka heboh2 , si sal ni tengah hangat bercinta dengan si Eid~bukan nama sebenar~ si Eid tu bestfriends azio , tapi azio tak pernah buka mulut nak story pasal sal dengan laki tu , padahal sal tu nak mainkan Eid jer azio malas nak ikut campur laa .
kalau azio buka mulut nanti orang kata azio buat fitnah , .
bangkai kalau lama2 disembunyikan lama2 baunya akan terhidu juga . tak gitu ?
si Eid pula nak marah2 kat azio sebab tak bagitahu tentang sal tu dari awal kalau azio bagitahu Eid tu nak dengar ke dia kan tengah madly in love dengan si playgirl tu .
so azio buat tak tahu jer , malas nak layan .:)

Saturday, 26 May 2012

teman kawan pegi mall ~

huh ~
penat tak terhingga azio berjalan sampai tak cukup nafas plus kaki sakit .
mula-mula pegi mall beli barang-barang kawan azio nak pegi sambung study pastu balik malam dalam pukul 11 macam tu laa baru sampai kat rumah kawan azio menginap kat sana laa , tapi walaupun penat azio online sampai pukul 3.30am baru azio tidur .esok tu dalam pukul 7.00am azio kena pegi teman kawan azio medical check up pula . dengan tak cukup tidur azio kuatkan juga semata-mata teman kawan azio  . chewah~
lepas pegi medical check up pegi mall lagi entah apa laa yang tak baeli lagi azio teman jer .
by the way lupa nak kenalkan kawan azio .


ni laa kawan aziO sOrry tak bOleh nak tunjuk muka sangat . rahsia .nama diaOrang ary dan aman ~bukan nama sebenar . ;)
dalam penat azio tetap happy sebab dapat jumpa diaorang bila lagi nak jumpa sebab diaorang dah nak pegi negeri lain .
masa pegi mall tu azio,aman dan ary beli kasut dengan harga yang sama dan kasut yang sama cuma corak jer lain-lain kiteorang akan pakai bila kiteorang nak hangout bersama .:)

Wednesday, 16 May 2012

Siapakah Rabiatul Adawiyah


engkau bermula dengan sengsara
dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

pepasir pantai pun berubah
pabila hakikat melanda 
ketenagan yang kau cari
terpancar di lorong sufi .

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

kelunakan tangisan kasihmu 
dalam simpuhan ketaatan
bagi mengharapkan keredhaan 
dari MU Tuhan pencipta alam .

Rabiatul Adawiyah 
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar .

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah


mehh azio nak citer pasal rabiatul adawiyyah ~
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenagan .

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama . dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak lagi menyanyi dan menuang arak .Dia bersendirian berzikir kepada ALLAH .dia juga diseksa raja dengan kerja yang berat . pernah suatu hari pengawai raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking di bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir . tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawai raja . Rabiatul Adawiyah tetap tenang menjalankan ibadat kepada Allah . Apabila raja mengintai di dalam bilik , kelihatan  dia sedang memunajat memohon doa kepada Allah ,di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya menyuluh ke arahnya . Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi.  kelihatan rabiatul adawiyah masih berzikir dan berdoa .

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

[Surah al-A'raf, ayat 201]

TERIMA KASIH CIKGU . .-.-

azio nak ucapkan terima kasih cikgu , especially cikgu sejarah yg bernama cg.zaw cikgu sains azio yg bernama cg.zila , cikgu bm azio iaitu cg.mai dan cikgu korean azio cg.mat . .
walaupun azio tahu cikgu azio bukannya tahu azio ada blog and diaorang pun bukan pandai sangat it sma mcm azio jgk , tpi bab kata najwa dalam lagu i love u , mgkin adlah cra meluah cnta tnpa berkta atau berpandang mta . tapi azio bkn meluah cinta tapi mengucapkan terima kasih and love u all so much .

Sunday, 13 May 2012

LAYAN CERITA NI -.-

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..



Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..



Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..



Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.



Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.



Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.



Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.



Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..



Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.



Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..



Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??



Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!



Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!



Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..



Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..



Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.



Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!



Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!



Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 



Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??



Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!



So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..



Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!



Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??



Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.



Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!



Aku buntu..



Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..



Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.



Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..



Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..



Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!



1 Julai 2007,



Buat suami yang baru kupunya,



Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku



Buat suamiku yang baru kupunya,



Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita



Buat suamiku yang baru kupunya,



Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,



Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa



Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..



Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.



*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..





Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?



4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?



Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.



Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.



Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.



“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”



Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..



Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..



Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..