(Kotak mesej pertama)

Wednesday, 9 May 2012

;(

hari ni aziO deman sakit tekak+selsema , dah makan ubat cuma tak baik-baik lagi , .dOakan aziO cepat sihat yer , ni ALLAH bagi penyakit nak uji iman kita laa ni , .;)

Monday, 7 May 2012

jumpa kekawan+beli barang2 sekolah ~ :)

azio keluar dengan kawan azio beliau bernam Ira ~bukan nama sebenar ~  azio keluar dengan ira sebab azio nak pergi beli barang2 sekolah biasa laa azio ambil STPM sebab utama ambil STPM ialah tidak mendapat tempat di U , apakan daya semuanya takdir ALLAH s.w.t . jika takdir azio perlu mengambil STPM  doakan azio berjaya menempuhi alam STPM  dengan penuh jayanya ~ chewah ! nada bersemangat ~ dan  tanpa perlu melupakan sesiapa ~i mean kawan2 azio lah ~ biasa lah sekolah lain2 takut jugak terlupa , harap sangat semoga ALLAH kekalkan PERSAHABATAN DAN SILATURAHIM ini hingga ke hujung nafas kami , .tak ingat nak story dalam pada masa nak keluar beli barang2 sekolah azio jumpa dengan kawan 1geng dengan azio dan ira iaitu fath dan nad ~bukan nama sebenar ~ mula2 jumpa tu fath dan nad duduk dalam cyber cafe bila ira dan azio datang 1cybercafe bising biasa laa dah lama tak jumpa nad tu tak jumpa adalah 4bulan sifath pulak baru jer jumpa minggu lepas tapi macam tak jupa sebulan , .:) , . selepas berpamitan kerana masing2 ada kerja yang perlu diselesaikan azio dan ira pergi ke mall cari baju.tudung,kain sekolah,kasut dan beg , tapi yang sadisnya kasut tak jumpa biasa lah bukan musim KEMBALI KE SEKOLAH , .tapi ALHAMDULILLAH kain sekolah,baju dan tudung jumpa dan selamat dibeli dan dibawa pulang , .:) , .masa azio pergi mall semalam ramai jugak calon STPM merungut sebab kasut sekolah habis kalau yang adapun saiz besar , .tak tau laa nak cari kasut kat mana lagi , .cadangnya beli kasut dulu baru beli beg sebab balance nak beli beg , kalau beli beg dulu takut nanti tak cukup duit pulak nak beli kasut azio tak mau laa mintak duit lagi dengan parents azio , .

Friday, 4 May 2012

:(

azio tak dapat pergi lah KOTA DAMANSARA sebab ibu azio cakap jauh sangat lepas dengar jawapan dari ibu azio rasa nak mengamuk tapi apakan daya azio perlu teruskan hidup anggap saja itu cabaran hidup berkeluarga , .dan maybe ibu azio takut nak lepaskan azio pergi sebab di KUALA LUMPUR  macam2 boleh berlaku dan azio tak salahkan ibu azio kalau dia tak kasi azio turut serta seminar tu takde rasa terkilan langsung jauh sekali untuk merasa bahawa ibu azio bersikap kejam . .tapi sedikit sedih kerana tak dapat turut serta mengambil ilmu daripada DR.SYUKRI ABDULLAH , .~ menaip dengan muka yang muram ~

Thursday, 3 May 2012

walk with me 2012 ~

azio pergi ke stadium kira-kira pukul 11 sampai kat sana dalam pukul11.30 , .sampai kat sana azio dah tak boleh daftar sebab unit pendaftaran dah tutup tapi azio geram g**a dengan pakcik kawan2 azio mintak baik2 baju walk with me abang yang kerja tu nak bagi sebab banyak baju lebih pastu ada sorang pakcik ni datang konon2nya pangkat besar laa dia tanya kat abang2 tu  "awak ni sapa pandai2 jer nak bagi baju kat orang lain awak tau tak saya yang urus ni?" berlagak g**a kud . azio pun rasa nak pergi sound dia tapi sabarkan diri sebab dia orang tua yang tua didahulukan , .(: , .lepastu azio dan kawan2 pegi kat satu booth ni pastu sorang kawan azio tanya pasal baju tu lagi , azio dah perasan pakcik yang marah kiteorang tadi ada azio terus keluar dari booth tu tak nak cari gaduh keluar jer kawan azio tu azio tanya "ada tak pakcik ckap apa2 bila awak tanya pasal baju tu ?" kawan azio cakap pakcik tu cakap "yang ni dari tadi merayu2 nak baju !" panas hati azio bila dengar tapi still sabar  , .selesai jer walk with me azio ikut kawan azio pegi satu syarikat ni syarikat ni menawarkan satu seminar motivasi azio nak pegi tapi azio takut ayah dan ibu azio tak kasi jer , malam tu azio balik dalam pukul11 , .ayah dan ibu sudah tidur camne azio nak kasi tau azio nak pergi seminar kat KOTA DAMANSARA tu , .azio tulis jer surat kat ayah dan ibu , .bila azio bangun pagi esok surat tu dah takde tandanya sudah dibaca tapi ayah dan ibu azio still diam camne ni , .haish~
putus fius dah ni dah lah seminar tu diadakan esok mean bertolak malam ni , .
takpe apa2 keputusan ibu dan ayah azio terima jer tak kesah , .:)

Wednesday, 2 May 2012

sorry tO say ^^

untuk pengetahuan cerita-cerita di bawah ni  cerita 1mggu lepas azio terpaksa  buat blog baru sebab blog azio dulu tak tahu laa nak kata jadi apa , .hehe
maaf di atas kesulitan yang dibuat oleh azio sendiri , .
by the way hari ni azio nak pergi jumpa kawan2 azio sekaligus nak pergi karnival walk with me ~
nanti azio story lagi yer lepas balik dari karnival tu . .

macam-macam sketsa , .

azio tiba di jetty perlis pada kira-kira dalam jam 10.30 camtu laa , tapi sebelum sampai jetty tu singgah makan dekat restoran mama nasna kalau tak silap azio lah , sampai kat situ kengkawan ayah azio cakap kelantan dan pekerja kat situ cakap perlis , amek kau jadi perbualan apa entah , anyways azio belum pernah dengar lagi ada roti jantan sampai laa pekerja tu tanya kengkawan ayah azio "hang nak roti canai jantan ke ?" dengan muka blur kengkawan ayah azio tanya 'roti jantan tu gano ?" , .azio baru tau roti canai jantan tu ada 2biji telur lah , .first time dengar , .kengkawan ayah azio gelak sakan dah nasib baik tak terguling , .:) , sampai jetty pulak semua ngantuk sesi tidur laa apa lagi , sampai jetty langkawi baru bangun , kira-kira pukul2 baru boleh check in , azio menginap dekat suderland motel , by the way sesape nak pergi langkawi azio sarankan jangan menginap kat sana sebab tempat tu sempit tambahan lagi mahal kalau beli coklat mesti bersemut punya , tak sah lah pergi lagkawi kalau tak beli coklat kan dan kalau nak coklat anda selamat apa lagi , first day azio pergi underwater world nak pergi sana hampir 6orang ayah azio tanya dah lah takder signboard , aduyai , pergi sana best laa tapi part yang tak best tak boleh ambil gambar sebab bahaya untuk binatang  ,hehe , . azio balik motel kira-kira 7.30pm sebab azio pergi sana sebab team ayah azio nak lawan dengan team langkawi game start pukul8.30 sebab tu azio balik motel awal sebab nak pergi stadium pulak , best jugak tengok bola keputusan seri 2-2 maklum saja lah team ayah azio umur 40an team langkawi umur 20an , first day ibu azio dah pergi survey harga brang-barang tapi nak beli jugak esok , esok tengok-tengok kedai yang agak murah laa kat sana tak buka , ni lah semua nak main tangguh , ibu azio ni gila shopping habis berapa ribu aku tak tau laa bila dia shopping nasinb baik anak dia tak camtu , .hehe, bayangkan pergi sana 3beg jer balik sini 5beg , hampir terlupa nak story second day azio pergi mahsuri punya makam and awesome sebab azio suka tengok benda yang bersejarah sebab azio  rasa ia unik , hari azio nak balik , dalam perjalanan nak balik azio berhenti solat dekat MASJID AL'ULLA dan azio tengok kat situ ada tulis selepas jumaat boleh dapat ice-cream percuma bestnya kalau masjid kampung azio buat camtu jugak baru ramai budak-budak yang pergi solat jumaat boleh azio tumpang 2kaki . .hehe . .sebab azio kan kecik azio masuk underwater world harga kanak-kanak :), nak story azio suka tidur dalam kereta pun azio tidur  tapi yang azio geram jalan berbukit tak sistematik langsung jalan tu dekat dengan TASIK BANDING , dan yang paling kelakar kawan ayah azio tengok kereta perempuan yang rosak dekat PERGAU  terus berhenti azio rasa kalau kereta lelaki yang rosak tak tolong tu , .hehe , yang bestnya perempuan tu doctor tapi azio tak tau laa camne rupa dia sebab azio naik kereta lain dengan ayah azio , kawan dia tu kereta lain , hampir-hampir terlupa azio pergi shopping dengan family azio dekat HAJI ISMAIL GROUP ada ke patut ada sorang pakcik ni ingat azio pekerja kat sana , setahu azio masa tu azio pakai baju merah untuk pengetahuan pekerja kat HIG tu pakai baju hijau , tu tak apa lah boleh maaf lagi , aku pergi makan dekat restoran SINGGAH RASA dekat PEKAN KUAH LANGKAWI dah sudah pesan-pesan makanan azio nak pergi basuh tangan ada pulak sorang makcik ni tanya "bilik ayad mana?" azio  jawab jer tak tau , azio story kat ibu azio pasal tu dia kata maybe muka azio macam orang langkawi . azio redha jer , .(:

boring+future ~

hari ni azio boring gilaks , .duk sorang-sorang sape tak boring nasib baik ada lappy boleh jugak azio blogger , .hehe , .by the way azio nak story mory ni azio ada suka kat sorang laki ni tapi azio malu laa bila terserempak dengan dia nasib baik laa azio dah tak sekolah , .hehe , .anyways azio bukan CINTA laa kat laki tu saja-saja suka tengok dia , .azio tengok dia warak jer , .azio imam berkurang laa bila tengok laki warak , .mesti ada yang berfikir orang tengok orang warak laa akan bertambah imam ni azio spesis lain plak , ,hehe , .entah keturunan datang mai mana laa , .azio ni baru jer lepas SPM result tu ok-ok jer , .bukan bermakna takde A erk , .ade laa sikit-sikit dapat A , .tapi azio rasa azio tak dapat laa sambung belajar dengan keadaan result azio tu , .orang lain dah dapat dah tawaran azio ni masih menghitung hari bila nak sampai tawaran , .kalau ikutkan tiap-tiap hari azio jengah peti surat rumah azio tu , .tapi apakan daya still takde tawaran yang sampai , .azio isi upu mintak veterinar sebab azio minat binatang , .tapi azio sangat , .sangat , .sangat tak suka katak sebab dia lembik , .yulks! apasal laa pulak azio pegi citer pasal spesis tu , .u all doakan azio dapat sambung belajar dalam bidang yang azio sangat-sangat gemari tu , .hehe , .kalau tak dapat sambung dekat universiti azio terpaksa amek STPM , .sadis kan :(, .tapi insyaALLAH~ade rezeki tak kemana , .