(Kotak mesej pertama)

Tuesday, 17 July 2012

dapat Offer ~

hari tu aziO dpt Offer pegi kOlej kat miri tapi ayah aziO tak kasi pegi sebab jauh sangat , pastu kemarin aziO dapat offer pegi kptm , sekarang aziO ambil stpm , aziO cam tak tau nak stay stp atau pegi kptm sebab ayah azio sruh aziO pegi kptm ibu aziO pula sruh aziO stay stp . cOnfius laa .
waaa ! ayah aziO kasi waktu 2 hari jer sma ada nak stay stpm 2 pegi kptm , stpm tu mmg ssah laa .kptm pun ssah jgk bla aziO tgOk subjek dia tu .
sgla mcam subjek sains msk pyhsic,chemis sgla bgai .
confius glaks kud .

Wednesday, 4 July 2012

rasa panas jer ~

azio tak faham langsung dengan perangai cikgu azio dia macam sengaja cari kesalahan azio macam lah dia tu perfect sangat . nak menegur orang pun ada caranya ni sampai main fitnah azio camtu siapa boleh terima bila diri difitnah bila azio cakap yang betul dia tak nak percaya , hari tu azio ada baca satu artikel yang berbunyi "jika ada orang yang tidak mengaku kesalahan dan ingin sentiasa menang dalam satu pentengkaran walaupun kata-katanya ibarat menegakkan benang yang basah orang itu tergolong dalam orang-orang munafik !" "fitnah itu lebih kejam dari membunuh ." . bukan sekali dua dia cari kesalahan azio dah nak masuk tiga kali azio memang fedup gila laa dengan cikgu tu dan azio takkan maafkan cikgu tu sampai bila-bila harap jer pkai kopiah tapi ilmu agama cetek ade ke patut dia boleh kata pakai tudung atas dada itu sudah menutup aurat . lawak gila dia punya statement !
nasib baik dia tak mengajar azio kalau tak memang azio rasa dia tak ikhlas pun bagi ilmu kat azio .

Thursday, 28 June 2012

pengalaman duk Ostel ~

azio 2nd time dk Ostel 1st time azio dk Ostel masa azio f1 pastu tak smpai smggu azio tak nak stay Ostel 2nd aziO dk Ostel skrg pastu aziO tak nak stay jgak . tak best sgt tak ckup tdOe . tp dlm tak suka tu aziO dapat knl kwan2 bru bdak2 yg begOng2 aka blh msk laa dgn prngai gila2 aziO ni . yg aziO tak leh blah skli azio kna ade prep ptg  pastu mlm pun ade ltih glaks kut . pastu bla blh rhat kt Ostel asyik sbuk dgn prep jer . dlm klas aziO tdur laa tp azio rsa bslah laa tdoe time skOla . aziO ska sgt tdOe bla blh blk ni azio tdOe straight kul3.30 smpai rmah kul4 tdOe smpai kul6 lpas isyak azio tdur plak . ngantuk laa . pastu aziO ckp kt ayh aziO yg aziO tak nak stay Ostel ayh aziO kasi aziO dk umah swa tp ibu aziO bebel sbb aziO dk Ostel xsmpai smggu . aziO harap klau aziO stay umah swa aziO dpt tmpukn phtian kt skOla dan dpt pOinter tggi .

Monday, 4 June 2012

berasap jap .

azio rasa nak serbu jer muka perempuan uh , ade ke tuduh azio buat benda yang azio tak buat atleast tanya laa dulu ni tuduh terus , bengang pun ada , apa yang dia tuduh ? nama perempuan tu sal ~bukan nama sebenar~ sal tuduh azio buat satu fb ni fb tu Display picture dia gambar sal dan pakwe dia , sebenarnya memang azio dah tahu dari dulu lagi dOrang couple tapi azio tak suka heboh2 , si sal ni tengah hangat bercinta dengan si Eid~bukan nama sebenar~ si Eid tu bestfriends azio , tapi azio tak pernah buka mulut nak story pasal sal dengan laki tu , padahal sal tu nak mainkan Eid jer azio malas nak ikut campur laa .
kalau azio buka mulut nanti orang kata azio buat fitnah , .
bangkai kalau lama2 disembunyikan lama2 baunya akan terhidu juga . tak gitu ?
si Eid pula nak marah2 kat azio sebab tak bagitahu tentang sal tu dari awal kalau azio bagitahu Eid tu nak dengar ke dia kan tengah madly in love dengan si playgirl tu .
so azio buat tak tahu jer , malas nak layan .:)

Saturday, 26 May 2012

teman kawan pegi mall ~

huh ~
penat tak terhingga azio berjalan sampai tak cukup nafas plus kaki sakit .
mula-mula pegi mall beli barang-barang kawan azio nak pegi sambung study pastu balik malam dalam pukul 11 macam tu laa baru sampai kat rumah kawan azio menginap kat sana laa , tapi walaupun penat azio online sampai pukul 3.30am baru azio tidur .esok tu dalam pukul 7.00am azio kena pegi teman kawan azio medical check up pula . dengan tak cukup tidur azio kuatkan juga semata-mata teman kawan azio  . chewah~
lepas pegi medical check up pegi mall lagi entah apa laa yang tak baeli lagi azio teman jer .
by the way lupa nak kenalkan kawan azio .


ni laa kawan aziO sOrry tak bOleh nak tunjuk muka sangat . rahsia .nama diaOrang ary dan aman ~bukan nama sebenar . ;)
dalam penat azio tetap happy sebab dapat jumpa diaorang bila lagi nak jumpa sebab diaorang dah nak pegi negeri lain .
masa pegi mall tu azio,aman dan ary beli kasut dengan harga yang sama dan kasut yang sama cuma corak jer lain-lain kiteorang akan pakai bila kiteorang nak hangout bersama .:)

Wednesday, 16 May 2012

Siapakah Rabiatul Adawiyah


engkau bermula dengan sengsara
dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

pepasir pantai pun berubah
pabila hakikat melanda 
ketenagan yang kau cari
terpancar di lorong sufi .

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

kelunakan tangisan kasihmu 
dalam simpuhan ketaatan
bagi mengharapkan keredhaan 
dari MU Tuhan pencipta alam .

Rabiatul Adawiyah 
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar .

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah


mehh azio nak citer pasal rabiatul adawiyyah ~
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenagan .

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama . dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak lagi menyanyi dan menuang arak .Dia bersendirian berzikir kepada ALLAH .dia juga diseksa raja dengan kerja yang berat . pernah suatu hari pengawai raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking di bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir . tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawai raja . Rabiatul Adawiyah tetap tenang menjalankan ibadat kepada Allah . Apabila raja mengintai di dalam bilik , kelihatan  dia sedang memunajat memohon doa kepada Allah ,di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya menyuluh ke arahnya . Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi.  kelihatan rabiatul adawiyah masih berzikir dan berdoa .

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

[Surah al-A'raf, ayat 201]

TERIMA KASIH CIKGU . .-.-

azio nak ucapkan terima kasih cikgu , especially cikgu sejarah yg bernama cg.zaw cikgu sains azio yg bernama cg.zila , cikgu bm azio iaitu cg.mai dan cikgu korean azio cg.mat . .
walaupun azio tahu cikgu azio bukannya tahu azio ada blog and diaorang pun bukan pandai sangat it sma mcm azio jgk , tpi bab kata najwa dalam lagu i love u , mgkin adlah cra meluah cnta tnpa berkta atau berpandang mta . tapi azio bkn meluah cinta tapi mengucapkan terima kasih and love u all so much .